Monday, May 12, 2008

HUTAN PAYA BAKAU

Gambar ini diambil di Taman Paya Bakau yang terletak di perjalanan menghala ke Lumut, Perak. Kebanyakkan pokok di sini merupakan jenis Rhizophora spp. Ianya boleh membesar mencapai ketinggian 15-20 meter. Paya bakau berperanan sebagai penyokong kepada perairan yang luas, menstabilkan pinggiran laut, mencegah hakisan dan juga perlindungan daripada ribut.
Paya bakau biasanya akan dibanjiri dengan air masin tetapi tidak akan menenggelami pokok sepenuhnya. Setiap air pasang surut yang terjadi permukaan tanah akan menjadi bertakung dan berganjak dipukul ombak.
Hutan paya bakau merupakan habitat dan juga tempat penghijrahan bagi pelbagai spesies burung. Hutan paya bakau juga merupakan agen penampan dan memendapkan bahan-bahan aluvium.
Akar paya bakau menyediakan sistem penapis untuk mengalirkan bahagian di dalam kawasan hutan. Ia membenarkan pemendapan berlaku sebelum memasuki kawasan air terbuka. Ini kerana mendapan hanya akan menutupkan dan membunuhkan terumbu dan batu karang.

No comments: