Saturday, May 24, 2008

JELITI 3

BEGINING PRICE: RM35.00 SOLD

JELITI 2

BEGINING PRICE: RM35.00

Thursday, May 22, 2008

JELITI 1

BEGINING PRICE: RM35.00

Wednesday, May 21, 2008

COMING SOON

COMING SOON

AIR KELAPA

Mereka yang menghidap penyakit jenis panas seperti sakit kerongkong dan batuk perlu menjauhi makanan yang pedas atau mengandungi banyak rempah supaya ubat herba dapat bertindak dengan lebih berkesan. Mereka yang menghidap penyakit jenis sejuk seperti cirit-birit perlu menjauhi makanan sejuk atau makanan mentah. Antara pantang yang biasa disebut dalam ubat herba ialah tidak boleh minum air kelapa semasa mengambi ubat herba kerana ubat akan kehilangan kesan mujarabnya. Air kelapa juga adalah sejenis ubatan herba iaitu sebagai penawar racun (bahan toksin) dan pencuci tubuh untuk mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan tindak balas racun (toksin) atau alahan. Sifat yang sama inilah yang boleh menghilangkan kesan ubat herba dari tubuh. Orang yang mengambi ubat her­ba untuk menguatkan tenaga batin atau sebagai tonik badan biasanya diminta berpantang: dilarang minum air kelapa atau makan makanan yang sejuk atau berangin seperti kangkung, jantung pisang, rebung,mentimun kerana sayuran ini mempunyai sifat yang bercanggah dengan sifat ubat herba yang diambil. Orang yang minum ubat herba untuk tujuan memudahkan tidur lena tidak sepatutnya meminum bahan yang boleh menambahkan aktiviti otak serta menghilangkan daya tidur lena seperti teh, kopi dan koko. Pantang larang dalam sistem ubat herba tidak seharusnya dianggap remeh-temeh atau kolot tanpa cuba memahami falsafah yang tersirat.

Tuesday, May 20, 2008

RACUN MAKHLUK PEROSAK PERTANIAN

Racun makhluk perosak telah digunakan dalam pertanian sejak Perang Dunia Kedua, dan sejak dari mula lagi terdapat kebimbangan mengenai pengkomersialan bahan kimia racun makhluk perosak. Buku ‘Silent Spring’ oleh Rachel Carson yang diterbitkan pada 1964 mendedahkan kesan racun makhluk perosak terhadap alam sekitar. Racun serangga era Perang Dunia Kedua, DDT diharamkan di negara maju dalam tahun 1970-an tetapi terus digunakan di India sehingga tahun 1990-an. Tragedi Bhopal 1984 menjadi pembuka mata kepada sebahagian besar penduduk India dan dunia luar. Menurut penyelidikan terhadap gangguan kesihatan akibat daripada penggunaan bahan kimia berasaskan petroleum dalam produk pengguna dan persekitaran kerja boleh diperolehi daripada laman sesawang yang berkaitan di bawah. Bahan kimia berasaskan petroleum didapati menyebabkan kesan terhadap sistem imun dan saraf selepas pendedahan dalam jangka panjang. Penyakit yang dikenal pasti dalam penyelidikan perubatan termasuklah kanser dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa, pelbagai gangguan neurologi, kelemahan sistem imun, gangguan autoimun, asma, alergi, ketidaksuburan, keguguran, dan gangguan tingkah laku kanak-kanak termasuk kesukaran dalam pembelajaran, mental yang terencat, hiperaktiviti dan gangguan kurang perhatian (ADD). Bahan kimia berasaskan petroleum dipercayai menyebabkan masalah ini melalui pelbagai jalan termasuklah mencacatkan DNA (gen) yang sempurna, melemahkan pembaikan DNA, mempercepatakan kehilangan gen, kemerosotan sistem pertahanan penyahtoksikan tubuh (hati dan buah pinggang) serta melemahkan pertahanan utama otak - (the Blood Brain Barrier) (http://www.chem-tok.com) Hampir lima dekad, orang ramai dan petani telah diberitahu bahawa racun makhluk perosak penting untuk pertanian moden dan untuk memberi makan kepada penduduk dunia, pada hal perkara ini adalah tidak benar. Racun makhluk perosak melemahkan ekosistem yang telah mengekalkan pertanian manusia sejak beribu tahun lalu, memusnahkan mikrob tanah dan menghapuskan pemangsa dan serangga yang memberikan manfaat. Tambahan, serangga akan terus mutasi untuk menjadi tahan kepada racun makhluk perosak. Di sebalik peningkatan 10 kali ganda dalam penggunaan racun serangga dalam beberapa tahun lalu, kajian menunjukkan pertumbuhan 30% dalam beberapa jenis makhluk perosak. Penghasilan bagi setiap hektar dalam pengeluaran pertanian pada umumnya semakin merosot dalam banyak sistem pertanian akibat kemerosotan kandungan bahan organik dalam tanah. Adalah sesuatu yang terlambat jika kita pada masa ini tidak merancang dasar yang sempurna untuk mengembalikan semula tanah kita dengan bahan organik.

Monday, May 19, 2008

BIJI NANGKA RAWAT PENYAKIT HEMPEDU

Nangka atau nama botaninya Artocarpus heterophyuus Lam mempunyai habitat di kawasan hutan serta berasal dari negara India dan Asia Tenggara.Pembiakan pokok nangka dijalankan dengan menggunakan teknik biji, cantuman dan juga tisu kultur.Buah nangka mempunyai rasa yang sedap serta boleh di makan secara mentah atau dibuat jem, jeli, acar, dodol, pengat dan juga ditinkan.Selain isi, biji nangka juga secara tradisionalnya mempunyai pelbagai khasiat dari segi kesihatan .la boleh direbus atau dihancurkan menjadi tepung sebelum dicampurkan dengan air untuk diminum bagi mengubati penyakit hempedu.Biji nangka juga boleh direbus dan dimakan sebagai pelawas kencing, dan buang angin

Sunday, May 18, 2008

TUMBUHAN & FOTOSINTESIS

Pengekalan hidup di dalam sel tumbuhan atau haiwan berkehendakkan penggunaan tenaga yang berterusan. Tenaga ini secara langsung atau secara tidak langsung datangnya daripada matahari. Dua proses besar yang dijalankan oleh tumbuhan hijau daratan dan yang menggunakan tenaga terma daripada matahari ialah transpirasi dan fotosintesis. Cahaya mempengaruhi lain-lain proses seperti pembungaan, percambahan biji benih, pembengkokan tumbesaran tertentu, pergerakan stoma, dan pengeluaran pewarna.Dalam masa transpirasi, tenaga daripada matahari digunakan untuk menyejat air daripada dinding sel. Sungguhpun ini menghasilkan pergerakan air di dalam xilem, tenaga ini tidak disimpan atau digunakan untuk menjalankan tindak balas yang amat penting yang terlibat di dalam pembinaan makanan, di dalam asimilasi, tumbesaran dan pembiakan. Sebaliknya, fotosintesis adalah satu proses di mana tenaga daripada matahari ditukar menjadi tenaga kimia. Di dalam kebanyakan tumbuhan yang menjalankan fotosintesis, proses fotosintesis, menghasilkan penggunaan karbon dioksida dan air dan pengeluaran molekul-molekul gula yang kompleks dan gas oksigen. Dalam masa proses ini, tenaga cahaya daripada matahari ditukar menjadi tenaga yang mengikatkan atom-atom di dalam molekul gula. Karbon dioksida atau air tidak terbakar, tidak juga menjadi makanan yang baik. Karbohidrat (gula, kanji, selulosa), sebaliknya, terbakar dengan mudah dan melepaskan banyak tenaga di dalam proses itu. Lagipun, banyak karbohidrat merupakan makanan yang baik. Mustahaknya fotosintesis adalah terletak di dalam penukaran sebatian bertenaga rendah, karbon dioksida dan air, kepada sebatian-sebatian bertenaga tinggi (gula). Tenaga yang tersimpan sebagai tenaga kimia di dalam makanan (karbohidrat, lemak dan protein) adalah sentiasa dibebaskan di dalam sel-sel hidup dalam proses respirasi dan hilang sebagai haba atau ditukar menjadi ikatan-ikatan bertenaga tinggi (misalnya, ATP,). Banyak daripada tindak balas yang berkehendakkan tenaga, yang dijalankan oleh sel hidup, berjalan dengan penggunaan tenaga yang tersimpan sementara di dalam ATP. Fotosintesis menyimpan tenaga. Penafasan melepaskannya, membolehkan sel-sel menjalankan kerja kehidupan.