Saturday, May 17, 2008

KHASIAT NANAS PENAWAR PENYAKIT

Nanas atau dalam bahasa botaninya disebut Ananas Comosus. Selain enak dimakan mentah, buah ini juga boleh dijadikan jus minuman, Jem, masak kari, sambal, gulai ikan dan masak lemak ikan masin bersama nanas.Sebenarnya, nanas tidak hanya berfungsi sebagai bahan makanan tetapi turut bermanfaat sebagai penawar untuk mengubati penyakit tertentu. Ber ikut adalah senarai penyakit dan kaedah yang digunakan untuk mengubati penyakit tersebut dengan buah ini. Sakit Perut Akibat Keracunan Makanan Ambil nanas yang telah masak, kupas kulitnya dan kisar sehingga halus. Setelah siap, minum airnya sebanyak setengah gelas setiap kali selepas makan. Masalah Kecacingan Sebip nanas muda diparut halus dan diperah airnya serta dicampur dua senduk madu atau sirap gula batu. Kacau seketika dan diberi kepada anak yang menderita masalah kecacingan. Demam Air rebusan nanas diminum dua kali sehari sebanyak setengah gelas. Kaedah ini dikata-kan dapat menurunkan suhu badan akibat demam. Melancarkan dan melawaskan pembuangan air kecil Buah yang teah masak boleh dimakan atau dibuat jus. Kaedah ini dipercayai dapat melancarkan pembuangan air kecil. Terseliuh Buah nanas muda atau daun pokok nanas dihancurkan sehingga lumat. Setelah itu, bungkus dengan kain dan ikat pada bahagian yang terseliuh.

Friday, May 16, 2008

LIMAU MANDARIN

Limau langkat dan limau madu adalah dua jenis limau mandarin yang paling popular dan ditanam dengan meluas di negara ini. Buah limau langkat dan limau madu biasanya dimakan segar. Produk-produk dan makanan yang berasaskan limau mandarin yang boleh dihasilkan ialah halwa, jus, acar dan juga sebagai bahan perisa.
Limau merupakan pokok buah-buahan yang berdaun sepanjang tahun (evergreen) dan bersaiz kecil hingga ke sederhana. Pokok limau mengeluarkan banyak cabang dan ranting, mempunyai tabiat pertumbuhan dahan dari menegak hingga melempai dan kanopi berbentuk bulat hingga kebujur. Pokok limau mempunyai sistem perakaran akar tunjang.
Pokok yang dibiak secara tampang mula berbunga antara 2-3 tahun selepas ditanam. Bunga terbentuk secara satu-satu atau secara jejambak di celah-celah tangkai daun pada ranting-ranting muda. Kebiasaannya bunga mengeluar bau yang harum.
Pendebungaan pokok limau berlaku secara pendebungaan sendiri. Agen pendebunga ialah serangga seperti kutu trip, hamama dan lebah madu. Angin juga membantu proses pendebungaan pokok limau.Buah pada lazimnya berbentuk hampir bulat. Kulit buah agak nipis, berwarna hijau hingga hijau kekuningan dan senang dikupas. Isi buah berwarna kuning oren dan mempunyai antara 9 hingga 15 ulas bagi setiap biji buah limau.

Thursday, May 15, 2008

Strawberi Tingkatkan Testosteron

Buah strawberi amat kaya dengan kandungan zink yang tidak terdapat pada buah-buahan lain. Dan pada lelaki, zink adalah amat penting kerana ia berkait rapat dengan seksualiti seseorang. Menurut Patrick Hoiford dari Institute for Optimum Nutrition, zink yang terkandung dalam strawberi itulah yang membantu meningkatkan pertambahan hormon testosteron yang diperlukan dalam penghasilan sperma. Selain itu, strawberi juga didapati mengandungi khasiat antioksidan yang membantu melancarkan aliran darah kepada organ seksual. Namun begitu, pengambilan zink tidak harus melebihi 30 mg sehari.

Wednesday, May 14, 2008

Petola

Petola segi (Luffa acutangula) adalah sayuran berbuah yang tumbuh melilit di tanah-tanah rendah. Ia adalah jenis mentimun (cucurbit) yang dipercayai berasal dari benua India.

Pokok petola akan mula mengeluarkan hasil apabila berumur lebih kurang 45 hari. Buahnya boleh dipetik sebanyak 60 kali.

Buah boleh dipetik setiap hari iaitu di waktu pagi dengan menggunakan pisau yang tajam. Petiklah buah yang masih lembut dan belum bersabut. Tempoh umur pokok petola yang eknomik ialah 105-110 hari.

Bentuk buahnya bujur dan menirus ke arah hujung, berukuran antara 20-40 cm panjang dan 5-10 cm garis pusat. Buah berwarna hijau dan mempunyai 10 garisan bersegi tirus yang memanjang.

Tuesday, May 13, 2008

LIMAU BALI

Limau bali merupakan limau yang dapat tumbuh dengan baik dan tidak menghadapi saingan daripada negara-negara pengeksport limau. Limau boleh dibahagi kepada tiga kumpulan:
Kumpulan dari Cina Mempunyai buah berbentuk seperti pir, berisi kuning dan berkulit tebal. Varieti utama ialah Shatian-yu yang ditanam di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Kumpulan dari Thailand Mempunyai buah yang lebih kecil. Varietinya ialah Limau Siam dan Limau Bali Siam yang terdapat di Kubang Pasu, Kedah.
Kumpulan dari Indonesia Mempunyai buah berisi putih, tidak berasid dan berkulit tebal. Antara varieti yang popular ialah Tambun Manis dan Tambun Masam, bersempena dengan nama kawasan tanaman limau bali yang terkenal di Kinta, Perak. Kultivar ini amat popular kerana berjus serta kandungan asidnya rendah.

Monday, May 12, 2008

HUTAN PAYA BAKAU

Gambar ini diambil di Taman Paya Bakau yang terletak di perjalanan menghala ke Lumut, Perak. Kebanyakkan pokok di sini merupakan jenis Rhizophora spp. Ianya boleh membesar mencapai ketinggian 15-20 meter. Paya bakau berperanan sebagai penyokong kepada perairan yang luas, menstabilkan pinggiran laut, mencegah hakisan dan juga perlindungan daripada ribut.
Paya bakau biasanya akan dibanjiri dengan air masin tetapi tidak akan menenggelami pokok sepenuhnya. Setiap air pasang surut yang terjadi permukaan tanah akan menjadi bertakung dan berganjak dipukul ombak.
Hutan paya bakau merupakan habitat dan juga tempat penghijrahan bagi pelbagai spesies burung. Hutan paya bakau juga merupakan agen penampan dan memendapkan bahan-bahan aluvium.
Akar paya bakau menyediakan sistem penapis untuk mengalirkan bahagian di dalam kawasan hutan. Ia membenarkan pemendapan berlaku sebelum memasuki kawasan air terbuka. Ini kerana mendapan hanya akan menutupkan dan membunuhkan terumbu dan batu karang.

TIMUN TERAPI WAJAH

Selama ini mungkin anda hanya tahu bahawa, timun adalah sahabat akrab untuk mengatasi mata yang sembap. Namun sebenarnya timun memilik fungsi lain iaitu sebagai penyegar untuk kulit wajah anda. Di saat keletihan berpuasa, apa kata rehatkan wajah anda dengan masker timun. Caranya, kisar hingga lumat sesudu gandum. Kemudian campurkan ber sama sesudu santan, sesudu whipped cream, satu setengah sudu perahan lemon, sesudu yogurt, sesudu daun pudina dan 1/2 potong timun yang diracik kecil-kecil. Kacau sehingga sebati campuran tersebut hingga menjadi halus. Setelah siap, oleskan adunan masker pada wajah yang telah dibersihkan. Biarkan seketika selama 10-15 minit dan bersihkan dengan air suam. Setelah ah bersih, anda akan rasai kesegaran pada wajah.Pernahkah anda mencuba menggunakan timun sebelum ini untuk kecantikan wajah.. ? Kongsikan di sini….